Friday, October 29, 2010

First Day

26 October 2010 marked the first day i sent Sumayyah to nursery...Argh, i cant describe the feeling. it was horrible. me of coz, not my baby SZ. Hantar dia cepat2 sbb saya tak tertahan nak menangis. Masa ambil mmg sah2 menangis depan babysitternya. Second day pun sama. Truly heartbreaking. sob sob.

Hope things will get better...InsyaAllah. I love you so sO MUCH SUMAYYAH, i wish i could be there beside you 24/7

Thursday, October 14, 2010

SZ at 4 months 2 weeks


Went for her 4 months check up yesterday at Klinik Kesihatan Putrajaya. So, here it goes...

Weight : 7.4 kg (naik sikit je dr last month)
Height : 64 cm

Her Milestones
~dah boleh meniarap at 4 months 1 week! yeay
~kepala dah kuat
~tak suka berbaring sgt
~suara dah kuat, suka je jerit2
~kuat menyusu
~tangan dah boleh capai mainan yang tergantung kat playmat tu.

So far, alhamdulillah tak pernah demam dan umminya pun tak pernah berjaga mlm sbb jaga anak except bgn susukan dia. Sbb utama dia tak demam maybe sbb dia tak bercampur lg dgn baby lain. dlm erti kata lain tak hantar dia ke nursery lagi.Syukur sekali lagi sebab masih mampu fully bf dia walaupun production susu yang turun naik. ALHAMDULILLAH

Saturday, October 2, 2010

Motherhood journey so far



Alhamdulillah, praise to Allah SWT for giving me a beautiful baby girl named Sumayyah Zafirah. I always like the name ‘Sumayyah’. Semoga anak ummi akan m
enjadi seorang wanita solehah yang tabah, sabar dan kuat semangatnya seperti wanita pertama yang berkorban untuk Islam. AMIN.

As of today, it’s already 4 months that I become a mother. 4 bulan jugaklah umur Sumayyah Zafirah (SZ). 4 bulan yang sgt indah dan bermakna, 4 bulan yang cukup sempurna dengan kehadiran puteri sulungku.


Mari kita mengimbau kembali saat-saat SZ dilahirkan di muka bumi ini.hehe.

Mengandungkan SZ sangat mudah…no nausea, no vomiting. Cuma bleeding masa usia kandungan 3 bulan, tapi Alhamdulillah nothing serious. With this smooth sailing pregnancy, I hope for a smooth sailing delivery as well. Tapi Allah SWT dah tentukan segala-galanya. Apa yang terjadi ada hikmahnya.

Tanggal 24 Mei 2010 saya sudah mula bercuti walaupun due date adalah pada 10 Jun 2010. Plan asalnya untuk melahirkan anak di negeri kelahiran suami, Kelantan. Cadangnya on 30 Mei 2010 akan berangkat ke Kelantan.Tepat jam 5 pagi pada 30hb tu, bangun untuk mandi dan bersiap-siap untuk balik ke kampung. Masa bangun tu dah rasa pelik, mcm ada air keluar, tapi tak banyak. Bila berdiri dalam bilik air, keluar lagi dan lagi. Sahlah air ketuban dah keluar. Terus kejut suami. Masa tu di rumah mak di Damansara Damai. Suami dah kelam kabut dan kejut mak dan adik beradik yang lain. Semua happy sebab tak lama lagi dapatlah jumpa baby. Orang lain cepat-cepat siap, saya je relax. Mandi2 dan buat2 apa yang patut.hehe.

Bila tak merancang nak deliver kat sini, kelam kabut jugak pikir nak pegi hospital mana. Abah decide pergi ke PUSRAWI Kota Damansara. Boleh pulak hospital tu tutup. Terus pusing balik ke Hospital Sungai Buloh. Sampai sana, around 6 pagi. Daftar dan kena warded sebab keluar air ketuban. Doctor check dan dia cakap air ketuban leaking. Leaking sahaja, saya ingat dah pecah air ketuban! Doc cakap kena induce. Paling byk, 3 kali. Kalau tak bukak jugak kena czer. Masa tu dah terdetik dalam hati, mesti kena czer ni. Bila doc seluk tu, bukaan baru 1 cm, contraction pun takde. Sakit pun tak rasa lagi.


Around 12 pm, doc masukkan ubat untuk induce. Sakit tu tak datang lagi. Ptg tu masukkan lagi. Masih tak sakit sampailah ke mlm. Mlm tu rasalah sakit sket2. Dalam 30 minit sekali. Tapi xsakit sgt pun. Paginya doc dtg check bukaan, baru 2 cm. Doc lain pulak dtg, check lagi dan besarkan bukaan. Sakitnya Allah swt sahaja yang tahu. Air ketuban mencurah2 keluar. Bukalah kepada 3 cm. Then doc suruh siap2 utk hantar ke labour room. Dah excited masa ni. Nurse suruh siapkan baju baby, pampers dan blanket. Happy bukan main bila buka beg baby nak prepare baju dll.


Turun ke labour room dalam pukul 10 pagi, masuk ubat induce melalui air drip tu pulak. Yang ni power, kejap je dah sakit. Kejap pun dalam 3 jam jugaklah baru sakit. Doc cakap, dia boleh tunggu sampai mlm ni je. Kalau tak buka penuh jugak, kena czer.

Sakit dah non stop bila time tengahari tu. Sakit sorang-sorang, tu yang sedih sgt tu. Kalau di private, dapatlah suami tlg urut2 di pinggang. Ini tanggunglah sorang-sorang. Harapnya banyaklah dosa2 ku yang gugur setiap kali sakit tu datang…sakit dah makin kuat, mmg dah tak keruan. Pusing kanan, pusing kiri. Dalam kul 2 ptg, doc masuk check bukaan, baru 5 cm. Bila dia tgk screen ctg tu, tgk heartbeat baby dah slow. Terus semua kelam kabut, terpaksa emergency czer!

Dalam mengerang kesakitan tu, doc terangkan the procedure and the risk. Dah tak dapat concentrate sbb sakit. Then hubby masuk. Masuk pun kat pintu je utk doc maklumkan pada suami pulak. Bila tgk muka suami, terus rasa nak menangis.huhu. Lepas signed consent for czer terus kelam kabut plak doc prepare me for the operation. Dah siap pakai baju utk operate tu, ditolak pulak ke OT (operation theater). Jauh perjalanan dari LR nak ke OT ni. Saya ingat lagi walaupun masa tu mmg sakit yang teramat sgt. Byk kali berhenti, dan katil tu bertukar tangan. Sampai ke OT dipindahkan ke katil. Kecik je katil tu, di tengah2 bilik tu. Surgeon dtg n inject kat tulang belakang. Not once but about 10 times. Huhu. Masa ni mmg sedih sgt dgn sakit contraction, dengan dicucuk belakang badan tanpa henti. When ive given I shot, ingatkan dah setel. Tapi tak, kena lagi another shot. Dan lagi, dan lagi. Lepas tu tak ingat dah. Ive given GA (general anathestic). Mmg tak sedar langsung. Masa kat LR tadi, doc ckp, bius separuh badan. Alih2 tak sedar langsung.

Around 6 pm, saya tersedar tapi still mamai2. Bila sedar tu asyik tanya nurse mana anak saya, bila nak naik atas.hehe.tanya byk kali pulak tu. Sian nurse tu kena jwb byk kali. Maybe dia pun dah biasa kot.hehe. lepas tu saya pun dibawa naik ke ward. Nak sampai ke ward tu mmg seksa sgt sbb bertukar2 katil.bygkan baru lepas operate tapi bdn diangkat2 untuk dialih ke katil lain. Diaorg plak mcm buat cepat2. It is understoodlah kan bila govt hospital. Mana ada masa nak berlemah2 lembut. Tapi sepanjang dihospital, layanan mmg baik sgt. Terima kasih byk2!

Bila dah nak sampai dekat ward, barulah nampak all the familiar faces, my hubby n the rest of my family. Masa tu terus nangis. Sepjg sakit contraction tu sikit pun tak menitiskan airmata, suara pun tak keluar, sbb nak jadi seorang kuat, kononnya. Tapi bila nampak wajah2 orang yang tersayang terus jadi lemah. Nangis sbb sedih kena operate, sedih sbb lalui ni sorang2…huhu.

Sampai dalam ward terus minta nurse bawakan baby. Dapatlah menatap wajah anak buat kali pertama…muka dia sebijik muka hubby masa lahir.hehe. secara ringkasnya, this is a bit of my delivery info:

Date of delivery: 31 May 2010

Time of delivery: 3.21 pm

Delivery via c-section due to fetal distress

Weight: 2.75 kg

Height: 52.5 cm

Daughter of Husniyyah Hanapi (seperti tag di kaki baby(hehe).


After my family balik sbb dah habis waktu melawat, tinggalah my hubby n me. Masa tu nurse ambik balik baby. Tak ingat kenapa. Then dalam 7 lebih, minta nurse bawa baby sbb nak susukan. Tak sangka dia dah pandai menghisap. Seronok tgk dia minum susu. She is so tiny…rindu masa dia sekecik tu. Di saat inilah bermula kehidupan baru. Selepas 4 jam melahirkan anak, saya telah mengalas tanggungjawab seorang ibu. Susukan dia, tukar diapers, tidokan dia. Alhamdulillah, walaupun terpaksa di operate, saya tetap kuat dan tak sakit selepas surgery. Mungkin dapat kekuatan bila nampak anak. Ibu2 lain yang czer disekeliling semua tak mampu bgn lagi, pening dan muntah2. Saya syukur sgt sbb tak alami apa-apa kesukaran lepas operation. Walaupun tak dapat melahirkan SZ secara normal, tapi saya bersyukur sangat dapat menyusukan dia sepenuhnya dengan susu ibu sampai sekarang. SZ pulak mmg sgt2 senang dijaga semasa pantang sampailah sekarang. Tak pernah menangis kecuali kalau lapar, tak pernah berjaga mlm, bgn utk minum susu sahaja. Mmg senang sgt2. Syukur sekali lagi kepada yang maha Esa kerana dipermudahkan urusan menjaga SZ.

Hari kedua selepas melahirkan SZ, kami dibenarkan pulang. No jaundice at that time. Seminggu berpantang di umah mak di Damansara Damai. Cukup umur SZ 8 hari, terbang kami ke Kelantan. Nenek dan moyang tak sbr nak jumpa SZ. Berpantang di Kelantan sampai umur SZ sebulan. Kemudian terbang lagi pulang ke KL untuk sambung berpantang di Damansara Damai. Dalam masa sebulan, 2 kali SZ naik flight.hehe. Info on SZ development:

1 bulan 7 hari : 4.45 kg

2 bulan 10 hari : 6 kg

3 bulan 14 hari :7.1 kg

Anak ummi membesar bagai johan! Hehe. alhamdulillah