Thursday, February 23, 2012

Pergi untuk selamanya

Airmata ku menitis...
Adik faris telah pergi meninggalkan dunia ini...dia telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Gembiralah wahai ayah dan ibu faris kerana anakmu bakal menjadi penghuni syurga...

Kisah ini mengingatkan ku akan pemergian ibu saudaraku yang tercinta yang ku panggil che ning. Dia telah pergi lebih kurang sebulan yg lepas. Pemergiaannya meninggalkan kesan yg mendalam dlm diriku. Che ning pergi meninggalkan suaminya dan 7 orang anaknya. Yang bongsu berusia 9 tahun. Che ning sihat cuma mengidap darah tinggi yang mild. Dikala dia pegi, kesemua anak2 berada di sisinya....

Che ning seorang yg ceria dan terlalu baik bagiku. Tidak pernah mendengar dia bercakap kasar mahupun menyakitkan hati org lain. Ingat lg ketika aku ingin berkahwin pada tahun 2009. Dialah yang paling sibuk menguruskan majlis tersebut kerana ibu dan diriku berada di KL dan majlis akan diadakan di Kelantan. Setelah selesai majlis perkahwinan, aku keluar bersama suami ke rumah ibu mertuaku sebentar. Alangkah terkejutnya aku apabila pulang ke rumah dan melihat kamar beradu kami dihias cantik oleh che ning. Fresh flowers everywhere. Semasa melahirkan anak pertama pun dialah yang banyak membantu selain ibuku yang tercinta. Semasa aku sakit ketikamengandung anak kedua, dialah yg byk call tanya kabar. Sungguh dia ambil berat ttgku

Tanggal 24 januari 2012, aku bersama keluarga tercinta dalam perjalanan pulang dari cititel midvalley. Ummi call memaklumkan yang che ning tenat. Kami terus pulang ke rumah mengambil apa yang patut dan bertolak balik ke kelantan. Keesokannya aku menjenguknya di hospital. Dia berada di ICU. Hari tersebut merupakan hari ketiga che ning koma. Saat bertemu anak2 nya aku sudah tidak tahan menahan sebak. Apa lagi saat melihat che ning terlantar dgn wayar2 dimulut dan hidung. Tapi di kelihatan sungguh tenang...

Che ning pergi jua...meninggalkan dunia ni, meninggalkan suami yg menyintainya, anak2 yg soleh dan solehah...

Che ning seorang yg tabah. Wpun hidupnya kdg2 senang, kdg2 susah, dia tetap ceria. Dulu berkereta honda jazz, kini hanya berkereta
Kancil. Ini semua dilakukan hanya utk melihat anak2nya dpt bersekolah di sekolah agama terbaik. Hasilnya anak yang ketiga
Mengimamkan jenazah ibunya sendiri, anaknya yang keempat melaungkan azan. YaAllah, bertuahnya kamu che ning kerana
Memberikan yg terbaik utk anak-anakmu.

Sejak pemergiannya aku berasa yang aku lebih bersedia untuk menghadapi kematian org2 terdekat dengan ku...aku juga berazam
Untuk memberi didikan agama yang terbaik untuk anak2 ku semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah...tapi aku
Belum bersedia untuk meninggal dunia ni kerana bekalanku masih tidak cukup...semoga roh adik faris dan che ning ditempatkan
Di kalangan org2 yang beriman. Amin...