Wednesday, August 29, 2012

Still going strong, alhamdulillah

Salam all.

Today cukup 10 bulan saya menyusukan Saif sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah dan syukur ke atas rezeki dan peluang ini. Perjalanan kali ni tiada onak duri sebab dah prepare awal2. Tiada adegan bersengkang mata mengepam susu, tiada adegan berulang alik ke taska menghantar susu, no stress at all. once more, Alhamdulillah.



Harapannya tinggi menggunung untuk menyusu saif sehinggalah dia berumur 2 tahun. InsyaAllah

Tuesday, August 28, 2012

Cara berhikmah menegur jiran

Eid mubarak sahabatku!

How was your raya holiday? mine was so so.hehe. anak-anakku tak sehat sejak malam raya lagi. So no raya sakan. makan sakan pun raya pertama je. Justeru itu berat badan pun maintain jugak.

So here i am asking for advise or experience sharing regarding neighbours. I live in double story terrace house. The problem i'm facing right now is regarding my neighbour's sense of ignorance towards using the tembok batu between my house and theirs. Boleh bayangkan tak macamana tembok batu tu? tak tahu nak panggil apa.hehe. kat car porch biasanya ada dinding pemisah antara rumah kita dengan rumah sebelah kan. so masalah timbul di situlah apabila jiran sebelah saya menyusun kasut-kasut di atas dinding itu. Biasanya lebih kurang 6 pasang kasut diletakkan disitu. kadang-kadang karpet pun disidai di situ. kalau sehari 2 xpe tapi berminggu2.

Alkisahnya kasut-kasut itu telah menimbulkan kesukaran pada saya apabila membuka kereta untuk meletak anak atau mengambil anak dari car seat especially masa diaorang tido. Kena jalan hati-hati sebab takut tertolak kasut-kasut tu. Itu bab menyusahkan pergerakan, bab menyesakkan pandangan pun satu hal jugak.huhu.

Macamana eh nak tegur diaorang ni? diaorang ni baik je tapi tulah ignorant sket. Masa dapat baby baru aritu pun xde pun jenguk. Orang zaman sekarang ni memang macamni kot.Nilai-nilai sebegini dah xde.

Thursday, August 9, 2012

perlu ke garang-garang

Honestly my hubby agak garang dengan anak-anak. Dengan saya juga of course. Dengan saya, ok fine saya boleh terima tapi dengan anak- anak saya tak boleh terima. Tapi itu dulu. Sekarang saya sudah nampak the beauty of it.

Saya dibesarkan oleh mak yang garang tapi banyak ambil mudah dalam beberapa perkara contohnya:
1) bila cakap 'ummi, malah gi sekoloh'- ok tak payah pegi.
2) xpe dia kecik lagi, xpyh solat, or puasa. Pandangan ummi terhadap anak kecil.
3) 'ummi malah gi ngaji' - ikut mung lah.

Ayah saya pulak seorang yang tenang,lemah lembut dan soft spoken. Jarang sgt tgk dia marah.ke tak pernah.hehe. Tapi kelemahannya susah nak tegur isteri atau anak bila kami buat salah. Dia tak tegur direct. Selalunya melalui ummi.

Jadinya saya terbiasa dgn seorang ayah yang lemah lembut terhadap anaknya. Jadi bila suami saya seorang yang garang dan tegas, saya tak boleh terima. Saya selalu pikir kenapa dia tak boleh jadi mcm ayah saya. Saya rasa kecewa. Tapi lama kelamaan saya rasa garang itu perlu dlm beberapa perkara.

Contonnya suami saya tegas bab aurat. Kalau dia tak tegas, mungkin sekarang ni saya masih belum menutup aurat dengan lebih sempurna. Masih belum mengenakan stokin bagi menutup aurat di kaki. Tegas ni sangat bagus. Kalau suami itu seorang yang beragama tapi kurang tegas pada isterinya, dia akan tegur tapi isterinya tak semestinya ikut. Maka berpakaianlah si isteri ini sesuka hatinya.

Dulu saya tidak ditiTik beratkan dengan pengajian Al-Quran. Mungkin faktor selalu pindah juga menjadi sebabnya. Kesannya sekarang saya boleh membaca tapi tajwidnya tunggang langgang. Inilah yang terjadi disebabkan ayah saya tidak tegas. Kalau si ayah tegas bab2 sebegini, mungkin saya lebih lancar bacaannya. Ini yang saya amat kesalkan sehingga sekarang. Bila dah tua macamni, malu jugak nak mengaji balik tapi demi memikirkan ruginya saya tidak dapat menguasai Alquran saya membuat keputusan untuk menyertai kelas mengaji Alquran. InsyaAllah lepas raya ni kelas bermula. Tak sabarnya! Takdelah malu lagi bila nak mengaji depan suami.

Berbalik kepada bab tegas dan garang ni saya rasa perlu. Tapi biarlah suami sahaja yang bersikap demikian. Saya bersikap neutral sahaja. Saya nak anak2 saya jadi hafiz dan hafizah, nak mereka jadi anak soleh dan solehah. Jadi jika en suami tegas dan garang bab2 mengaji, solat dan tutup aurat ni, saya tidak akan menghalang kerana ianya perlu. Hmm, what say you?

Wednesday, August 8, 2012

alahai anak kedua

Salam ramadan sahabat semua.

dah separuh perjalanan ramadan pada tahun ni. Adakah ia lebih baik dari tahun lepas? Sadly not for me...:-(

Anak kedua saya dah mencapai umur 9 bulan. Kejap je rasa. Last week, he waved goodbye and said bye-bye. Tiba2 tersentak sekejap sebab saya mula terpikir sumayyah dulu boleh wave goodbye bila. bila ditengok post2 terdahulu, she started to wave at 8 months. kiranya anak kedua saya ni lambat sket.hehe. at 9 months, kakaknya dulu boleh sudah angkat hp letak di telinga tapi adiknya belum ada skil itu. panggil mama or baba pun belum lagi. Dulu masa 9 months, sumayyah dah ber'baba'baba.

Tiba-tiba saya rasa sedih sebab macam abaikan si kecik ni. atau mungkin tak berapa concentrate ke atas perkembangan dia dan skil2 barunya.

But seriously being a a working mother of 2, time is your biggest enemy. okay, saya boleh buat kerja rumah semuanya. but i'll push my self too hard. my body need rest too. Selalu orang cakap, bila anak tido, time tu lah buat kerja tapiiiiii time anak tido tulah saya nak tido pun. hehe.Sekarang ni still manageable. Cuma masa untuk spend main2 dengan anak2 tu memang limited sangat. tapi nak buat macamana. kain perlu dibasuh/disidai, pinggan perlu dibasuh, makan kena sediakan, rumah kena kemas. Im not complaining. i love doing housework. puas hati tgk rumah bersih kemas tapi rasa tak adil pada anak2. balik rumah everyday they are hoping to manja2 dengan umminya tapi i have tons of work to do. Puasa ni masyaAllah penatnya. tapi alhamdulillah suami memahami isterinya dan membeli jaudah berbuka. tapi bila boring mkn yang beli, i'll volunteer to cook. Tapi kepenatan berganda2 espeacially when the husband kul 7 baru balik. Berperang di dapur dan pada masa yang sama melayan anak2.

I want to be a perfect wife and mom who cook everyday tapi ada masanya i have to surrender cooking and spend time with my kids.Tak sanggup rasanya tgk si kecik menangis di dapur sambil berpeluh2 panas. si kakak pulak nak masak sama dengan ummi nya. bahaya sebenarnya sbb tak terlayan dua-dua. dengan pisau di tgn, pinggan mangkuk segala. tapi kalau encik suami dapat pulang awal, i'm more than happy to cook for the family.

Lately selalu pikir macamana nak tambah tenaga ni. Sekarang ni kul 10 mlm dah lembek. Ingat kena minum nescafe kot petang2 so time malam bertenaga sket. Tapi elok ke bergantung pada cofee for extra energy.huhu.

Lastly saya envy pada isteri2 yang ada maid. takpun yang pergi keje sama2 dengan suami, hantar anak sama2. Bestnya. Tapi bila lagi penat menguruskan anak dan rumahtangga lagi banyak pahala kan. hehe. Apa2 pun im glad to have my second child when my firstborn pun masih kecil sebab seronok tgk diaorg main sama, si kakak kiss adik. banyak sangat sweet moment antara mereka. i love u so much sumayyah n saif!