Thursday, October 18, 2012

Im sorry sumayyah sayang

Sayangku Sumayyah,

Ummi minta maaf sebab marah-marah sumayyah semalam. Semua dah tido, sumayyah je tak nak tido. Ummi dah penat sangat. Ummi marah-marah sumayyah bila sumayyah minta ummi carikan youtube upin ipin kat handphone abi. tapi ummi turutkan. setiap kali upin ipin habis, sumayyah merengek nak tengok lagi. bila sumayyah menrengek ummi pun marah sumayyah. Sampailah sumayyah cakap, "Ummi janganlah marah sumayyah" sambil menangis. Hancur luluh hati ummi bila dengar sumayyah cakap macamtu.

Sayangku Sumayyah,

Maafkan ummi. Ummi yang salah sebab marahkan sumayyah tanpa sebab. Semoga sumayyah maafkan ummi setelah ummi pohon maaf sambil peluk sumayyah kuat-kuat. I love u till jannah sumayyah. Sumayyah anak sulung ummi. You are always special.


Swimming with familia

they were sooo happy. Sumayyah n saif with their sedara mara enjoying the pool. what a great weekend!










Saif datang ofis ummi

My little boy came to my office last Friday, oh i miss him so much right now.






Wednesday, October 3, 2012

i'm longing to go there


Yes, i really want to go to Mekkah. Perasaan tu datang secara tiba-tiba. Masa ramadan yang lepas, keinginan untuk ke sana membuak-buak. Sampai termimpi-mimpi. Dan pada saat ini keinginan tu datang lagi.

Saya nak pergi bersama suami ke sana menunaikan umrah. terlalu teringin. Saya nak ke Masjid An Nabawi, nak ke Kaabah, nak berlari dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, nak ke Raudhah, nak daki Gua Hira', Jabal Thur dan Jabal Uhud, nak merasai air zam zam sejuk. Saya nak ke sana untuk memohon keampunan dan balik ke sini menjadi hambanNya yang baru.Ya Allah, makbulkan doa ku ini.

Kawan-kawan, doakan saya ye. Semoga ada rezeki untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan.InsyaAllah.

Monday, September 24, 2012

Co-Sleeping Asuhan Positif

Salam semua.

Harini saya nak share this article i got from pa & ma website. Sejak dulu lagi hati saya berat untuk tidur berasingan dgn anak-anak kecil saya. Bairlah saya berkorban ruang, asalkan they are all close to me.Alhamdulillah, my mother instinct never go wrong. Tidur bersama anak2 kecil banyak manfaatnya. Saya sejujurnya berpendapat tak semua amalan mat salleh itu perlu kita ikut. enjoy your reading!

Co-sleeping atau tidur bersama anak banyak manfaatnya kepada ibu dan anak. Sebagai salah satu metode asuhan semula jadi, co–sleeping perlu diamalkan oleh semua ibu bapa tanpa ragu-ragu.

Tidur adalah rutin harian yang amat penting di dalam kehidupan anak di mana ia otaknya akan berkembang ketika mereka sedang lena. Badan juga dalam keadaan rehat sepanjang tempoh tidur yang mengambil masa lapan hingga sembilan jam sehari bagi bayi peringkat usia kurang dari setahun. Kurang tidur mengakibatkan sistem keimunan menjadi lemah dan proses tumbesaran terganggu. Co-sleeping atau tidur sekatil dengan anak adalah idea terbaik agar keluarga yang sejahtera dapat dibentuk dengan cara yang lebih alami.

Kenapa co-sleeping disarankan?

1. Menggalakkan penyusuan susu ibu

Bayi yang tidur bersama dengan ibunya akan lebih mudah disusukan. Hal ini kerana kedudukan bayi yang lebih dekat dengan ibunya. Pada bulan-bulan pertama, si kecil akan kerap terjaga untuk menyusu. Co-sleeping akan membantu ibu menyusukan bayi dengan lebih mudah tanpa perlu banyak bergerak dan turun dari katil. Ia malah mudah untuk lena semula setelah kekenyangan.

2. Mencegah SIDS (Sindrom Kematian Bayi Mengejut)

Dengan mempraktikkan co-sleeping, ibu bapa akan sentiasa memantau posisi tidur anak. Risiko berlakunya SIDS sering kali disebabkan oleh kelalaian ibu bapa dapat dikurangkan kerana ibu bapa yang mengamalkan co-sleeping lebih kerap tersedar untuk menyusukan atau menukar lampin.

3. Berasa lebih selamat

Anak anda akan berasa lebih selamat kerana dikelilingi ibu dan ayahnya ketika tidur. Ini menjamin kualiti tidur yang lebih baik.Ibu dan bapa juga tidak perlu risau keadaan anak kerana anak berada di depan mata.

4. Hubungan rapat ibu dan anak

Kajian menunjukkan keluarga yang mengamalkan co-sleeping akan mempunyai hubungan yang rapat, mesra dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

5. Membentuk karakter anak yang lebih kukuh

Co-sleeping baik untuk pembentukan karakter anak. Kajian menunjukkan anak lelaki yang tidur bersama ibu bapanya daripada lahir sehingga usia lima tahun mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding rakan-rakannya yang lain. Bagi anak perempuan pula, mereka dikenal pasti lebih berfikiran terbuka peka dan berempati pada persekitaran.

6. Anak mempunyai kelakuan yang lebih positif

Kajian juga menunjukkan anak-anak yang mengamalkan co-sleeping akan lebih positif dan mendapat penilaian yang lebih tinggi di sekolah. Malah kajian bertajuk Nonreactive Co-sleeping and Child Behavior: Getting a Good Night's Sleep All Night Every Nightyang dilakukan kan oleh Heron, 1994 menunjukkan anak-anak yang tidak mengamalkan co-sleeping agak sukar dikendalikan, kurang gembira, lebih mudah mengamuk dan sukar didekati.

7. Mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur bagi anak

Co-sleeping dapat membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak susah untuk tidur dengan mengajak anak tidur bersama-sama.

8. Memberikan kepuasan mendidik dengan lebih tinggi dalam mendidik

Cara asuhan ini akan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa dan anak sentiasa bersama-sama dan tahu perkembangan anaknya daripada masa ke semasa.

9. Ibu bapa lebih sensitif dengan keperluan anak

Co-sleeping menjalinkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak. Ini akan memberikan rasa sensitif kepada ibu dan bapa untuk memenuhi keperluan si manja mereka.

10. Lebih selamat daripada katil bayi

Ketahuilah co-sleeping adalah lebih selamat daripada menidurkan mereka di katil bayi. Hal ini kerana anda boleh memantau anak anda dengan lebih mudah dan mengelakkan SIDS.

DO & DON’TS

* Jika anda mempunyai bayi kecil, jarakkan ia dengan kakak atau abangnya kerana mereka lebih cenderung untuk lebih lasak dan khuatir akan menyebabkan kecederaan pada bayi.
* Sentiasa letakkan bayi anda pada posisi berbaring untuk mengurangkan risiko SIDS.
* Pastikan kepala anak anda terbuka semasa tidur.
* Pastikan kepala katil anda tidak mempunyai bukaan yang boleh memerangkap kepala bayi anda.
* Pastikan tilam anda sesuai dengan selesa dalam bingkai katil supaya bayi anda tidak akan menjadi terperangkap di antara kerangka dan tilam.
* Elakkan meletakkan bayi di atas permukaan yang terlalu lembut untuk tidur seperti sofa bed yang empuk atau tilam air.
* Usah menggunakan banyak bantal dan selimut di atas katil. Gunakan hanya satu helai selimut untuk tidur.
* Hindari minum alkohol atau penggunaan ubat-ubatan atau dadah yang boleh membuatkan anda tidak sedar diri.

INFO

Usia yang sesuai untuk memulakan tidur berasingan ialah pada usia lima tahun.

(Sumber: Majalah Pa&Ma September 2012)





Friday, September 21, 2012

i am lucky indeed, Alhamdulillah

Salam...

Lately banyak membaca perkara kepenatan menjaga anak kecil, pengalaman mengandung yang pelbagai...semakin banyak membaca berkenaan 2 perkara ini semakin saya bersyukur ke atas nikmat yang Allah kurniakan kepada saya, insan yang cukup kerdil ini.

Alhamdulillah anak-anak senang diuruskan. makan di luar tak pernah menjadi masalah sejak mereka kecil hingga sekarang. tiada istilah berjaga malam kecuali masa anak-anak demam panas, bila nak mula bekerja diperkenalkan dgn botol terus sahaja minum. Kalau nak diucapkan satu2, memang tak tertulis. Pokoknya mereka jenis senang dijaga.

Saya pula jenis tiada alahan semasa mengandung. Muntah tidak,








bengkak kaki pun tidak. mengidam pun tidak. mengidam yang dibuat2 adalah.hehe Sekali lagi saya amat bersyukur.

Di kala saya banyak tidak puas hati, nikmat-nikmat ini saya lihat satu persatu supaya saya bersyukur kepadaNya. Walaupun tidak semua keinginan saya dapat dikecapi tetapi saya yakin ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah

Wednesday, August 29, 2012

Still going strong, alhamdulillah

Salam all.

Today cukup 10 bulan saya menyusukan Saif sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah dan syukur ke atas rezeki dan peluang ini. Perjalanan kali ni tiada onak duri sebab dah prepare awal2. Tiada adegan bersengkang mata mengepam susu, tiada adegan berulang alik ke taska menghantar susu, no stress at all. once more, Alhamdulillah.



Harapannya tinggi menggunung untuk menyusu saif sehinggalah dia berumur 2 tahun. InsyaAllah

Tuesday, August 28, 2012

Cara berhikmah menegur jiran

Eid mubarak sahabatku!

How was your raya holiday? mine was so so.hehe. anak-anakku tak sehat sejak malam raya lagi. So no raya sakan. makan sakan pun raya pertama je. Justeru itu berat badan pun maintain jugak.

So here i am asking for advise or experience sharing regarding neighbours. I live in double story terrace house. The problem i'm facing right now is regarding my neighbour's sense of ignorance towards using the tembok batu between my house and theirs. Boleh bayangkan tak macamana tembok batu tu? tak tahu nak panggil apa.hehe. kat car porch biasanya ada dinding pemisah antara rumah kita dengan rumah sebelah kan. so masalah timbul di situlah apabila jiran sebelah saya menyusun kasut-kasut di atas dinding itu. Biasanya lebih kurang 6 pasang kasut diletakkan disitu. kadang-kadang karpet pun disidai di situ. kalau sehari 2 xpe tapi berminggu2.

Alkisahnya kasut-kasut itu telah menimbulkan kesukaran pada saya apabila membuka kereta untuk meletak anak atau mengambil anak dari car seat especially masa diaorang tido. Kena jalan hati-hati sebab takut tertolak kasut-kasut tu. Itu bab menyusahkan pergerakan, bab menyesakkan pandangan pun satu hal jugak.huhu.

Macamana eh nak tegur diaorang ni? diaorang ni baik je tapi tulah ignorant sket. Masa dapat baby baru aritu pun xde pun jenguk. Orang zaman sekarang ni memang macamni kot.Nilai-nilai sebegini dah xde.

Thursday, August 9, 2012

perlu ke garang-garang

Honestly my hubby agak garang dengan anak-anak. Dengan saya juga of course. Dengan saya, ok fine saya boleh terima tapi dengan anak- anak saya tak boleh terima. Tapi itu dulu. Sekarang saya sudah nampak the beauty of it.

Saya dibesarkan oleh mak yang garang tapi banyak ambil mudah dalam beberapa perkara contohnya:
1) bila cakap 'ummi, malah gi sekoloh'- ok tak payah pegi.
2) xpe dia kecik lagi, xpyh solat, or puasa. Pandangan ummi terhadap anak kecil.
3) 'ummi malah gi ngaji' - ikut mung lah.

Ayah saya pulak seorang yang tenang,lemah lembut dan soft spoken. Jarang sgt tgk dia marah.ke tak pernah.hehe. Tapi kelemahannya susah nak tegur isteri atau anak bila kami buat salah. Dia tak tegur direct. Selalunya melalui ummi.

Jadinya saya terbiasa dgn seorang ayah yang lemah lembut terhadap anaknya. Jadi bila suami saya seorang yang garang dan tegas, saya tak boleh terima. Saya selalu pikir kenapa dia tak boleh jadi mcm ayah saya. Saya rasa kecewa. Tapi lama kelamaan saya rasa garang itu perlu dlm beberapa perkara.

Contonnya suami saya tegas bab aurat. Kalau dia tak tegas, mungkin sekarang ni saya masih belum menutup aurat dengan lebih sempurna. Masih belum mengenakan stokin bagi menutup aurat di kaki. Tegas ni sangat bagus. Kalau suami itu seorang yang beragama tapi kurang tegas pada isterinya, dia akan tegur tapi isterinya tak semestinya ikut. Maka berpakaianlah si isteri ini sesuka hatinya.

Dulu saya tidak ditiTik beratkan dengan pengajian Al-Quran. Mungkin faktor selalu pindah juga menjadi sebabnya. Kesannya sekarang saya boleh membaca tapi tajwidnya tunggang langgang. Inilah yang terjadi disebabkan ayah saya tidak tegas. Kalau si ayah tegas bab2 sebegini, mungkin saya lebih lancar bacaannya. Ini yang saya amat kesalkan sehingga sekarang. Bila dah tua macamni, malu jugak nak mengaji balik tapi demi memikirkan ruginya saya tidak dapat menguasai Alquran saya membuat keputusan untuk menyertai kelas mengaji Alquran. InsyaAllah lepas raya ni kelas bermula. Tak sabarnya! Takdelah malu lagi bila nak mengaji depan suami.

Berbalik kepada bab tegas dan garang ni saya rasa perlu. Tapi biarlah suami sahaja yang bersikap demikian. Saya bersikap neutral sahaja. Saya nak anak2 saya jadi hafiz dan hafizah, nak mereka jadi anak soleh dan solehah. Jadi jika en suami tegas dan garang bab2 mengaji, solat dan tutup aurat ni, saya tidak akan menghalang kerana ianya perlu. Hmm, what say you?

Wednesday, August 8, 2012

alahai anak kedua

Salam ramadan sahabat semua.

dah separuh perjalanan ramadan pada tahun ni. Adakah ia lebih baik dari tahun lepas? Sadly not for me...:-(

Anak kedua saya dah mencapai umur 9 bulan. Kejap je rasa. Last week, he waved goodbye and said bye-bye. Tiba2 tersentak sekejap sebab saya mula terpikir sumayyah dulu boleh wave goodbye bila. bila ditengok post2 terdahulu, she started to wave at 8 months. kiranya anak kedua saya ni lambat sket.hehe. at 9 months, kakaknya dulu boleh sudah angkat hp letak di telinga tapi adiknya belum ada skil itu. panggil mama or baba pun belum lagi. Dulu masa 9 months, sumayyah dah ber'baba'baba.

Tiba-tiba saya rasa sedih sebab macam abaikan si kecik ni. atau mungkin tak berapa concentrate ke atas perkembangan dia dan skil2 barunya.

But seriously being a a working mother of 2, time is your biggest enemy. okay, saya boleh buat kerja rumah semuanya. but i'll push my self too hard. my body need rest too. Selalu orang cakap, bila anak tido, time tu lah buat kerja tapiiiiii time anak tido tulah saya nak tido pun. hehe.Sekarang ni still manageable. Cuma masa untuk spend main2 dengan anak2 tu memang limited sangat. tapi nak buat macamana. kain perlu dibasuh/disidai, pinggan perlu dibasuh, makan kena sediakan, rumah kena kemas. Im not complaining. i love doing housework. puas hati tgk rumah bersih kemas tapi rasa tak adil pada anak2. balik rumah everyday they are hoping to manja2 dengan umminya tapi i have tons of work to do. Puasa ni masyaAllah penatnya. tapi alhamdulillah suami memahami isterinya dan membeli jaudah berbuka. tapi bila boring mkn yang beli, i'll volunteer to cook. Tapi kepenatan berganda2 espeacially when the husband kul 7 baru balik. Berperang di dapur dan pada masa yang sama melayan anak2.

I want to be a perfect wife and mom who cook everyday tapi ada masanya i have to surrender cooking and spend time with my kids.Tak sanggup rasanya tgk si kecik menangis di dapur sambil berpeluh2 panas. si kakak pulak nak masak sama dengan ummi nya. bahaya sebenarnya sbb tak terlayan dua-dua. dengan pisau di tgn, pinggan mangkuk segala. tapi kalau encik suami dapat pulang awal, i'm more than happy to cook for the family.

Lately selalu pikir macamana nak tambah tenaga ni. Sekarang ni kul 10 mlm dah lembek. Ingat kena minum nescafe kot petang2 so time malam bertenaga sket. Tapi elok ke bergantung pada cofee for extra energy.huhu.

Lastly saya envy pada isteri2 yang ada maid. takpun yang pergi keje sama2 dengan suami, hantar anak sama2. Bestnya. Tapi bila lagi penat menguruskan anak dan rumahtangga lagi banyak pahala kan. hehe. Apa2 pun im glad to have my second child when my firstborn pun masih kecil sebab seronok tgk diaorg main sama, si kakak kiss adik. banyak sangat sweet moment antara mereka. i love u so much sumayyah n saif!


Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka apa hari ni


Hari ni saya nak masak telur bungkus. yummeh.




Saya nak masak ketam goreng telor asin ni jugak. sedapnya...


Lastly nak buat gulai telor itik sebab ada banyak telor itik dalam peti itu. first time nak buat, harap2 jadi lah.


And this is my little family! oh i love them so very much!



Friday, June 29, 2012

Masalah sakit hati

Biasanya kerja-kerja rumah dan urusan anak-anak memang saya akan buat sendiri. occasionally husband akan tolong bila datang sifat rajin dia. tapi sangat kadang-kadang. so far i dont mind. sebab i keep in mind that im doing all this to get reward from Allah swt. and second reason, i want to be mobile so i cant burn my calories.hehe!

Tetapi dua malam lepas, theres too many things to do at that particular night. saya baru lepas jemur kain and tengah duduk to breastfeed my baby boy. then the big sister wanted her milk. asked hubby to make for her. he said ok. then i just continue bf while facebooking. butttt he didnt do it right away. i waited and waited. sabar dan sabar. tapi tak buat jugak sampai si anak dah melalak nak susu. naik anginlah daku. dok suruh dia buat skrg tapi tak buat2 jugak. dengan hati yg panas, saya buat sendiri. bagi susu kat sumayyah. tapi hati rasa sakit sangat.nak minta tlg simple mcm tu pun payah.

And yesterday, dengar cerita seorang mualaf dalam ikim.fm. apa yang membuatkan saya sedar bila dia cakap. memaafkan itu akan membuat hati kita tenang. lebih kurang macamtulah.

Kesimpulannya di sini saya jadi sakit hati, tak tenang dan otak berserabut sbb saya rasa marah sgt n geram n taknak maafkan. sedangkan kalau saya maafkan dia masa saya bangun buatkan susu tu dan pikir saya buat semua ni untuk harapkan syurga dariNya mesti hati saya tenang dan tak berdendam.

Wednesday, May 23, 2012

To be supermummy, you need superdaddy

So i'm not supermummy 'cos my hubby is not superdaddy.hehe.

I have friends yang suaminya banyak membantu di rumah. envy them? of course! Siapa tak nak suami yang ringan tulang kan. lagi2 ibu bekerjaya macam kita ni.

Suami kawan saya buat almost everything at home. kemas rumah, masak, jaga anak, u name it! superdaddy habislah! Saya yang dengar ni rasa amazed sangat. She is lucky, indeed! Tapi sekarang suaminya tak sihat sedikit jadi rumah tak terurus. dia tak dapat nak handle sorang2.

Kisah-kisah sebegini buat saya terpikir. Kenapa saya dianugerahkan suami yang tidak banyak membantu. Hanya boleh diharap untuk buang sampah, basuh pinggan, mandikan dan jaga anak sahaja. tu pun bila saya tak sempat sangat2. Kalau saya sempat dan larat, saya jugak yang buat. Bila dipikir2, saya rasa Allah berikan dia pada saya sebab saya mampu buat semua tu tanpa bantuan yang banyak dari dia. Allah swt tahu kemampuan saya. Saya mampu uruskan rumah, uruskan anak-anak tanpa perlu berharap pada dia. Lagi satu....saya ni kadang2 perfectionist. cara menyusun, cara mengemas kena ikut style saya. kalau dapat suami yang perfectionist jugak habislah. dia ada cara dia, saya ada cara saya. Macamana tu?hehe. pening kan.

Jadi, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada :-)

Tapi saya pun ada terpikir sesuatu. Saya nak anak lelaki saya jadi superdaddy/superhubby kelak. Suami2 kawan saya mungkin sudah dilatih oleh ibunya untuk biasa buat kerja-kerja rumah ni. tu yang ringan tulang. Soooo saya nak latih anak-anak lelaki saya untuk rajin buat kerja-kerja rumah ni. nanti senang isteri diaorang nanti. saya pun senang jugak bila diaorang besar2 nanti. Kan?

Susahnya nak pregnant! ingatkan senang je

Salam,

Gempak tak tajuk.hehe. No, no i'm not planning to get pregnant.yet. Saif baru nak masuk 7 bulan. Lagipun kena pikir luka dalam abdomen ni jugak.

Tajuk di atas adalah kisah dulu-dulu. Before dapat sumayyah. Sebelum kawen ingat senang je nak pregnant tapi susah jugak kan.

Saya bernikah 24 Januari 2009. Ujung Feb sempat datang p*riod sekali. then tak datang. Yes i'm pregnant! happy sangat2 happy! Harini buat UPT +ve, esok bleeding and miscarriage. phew, nasib baik tak annouce lagi kat fb.hehe. lepas miscarriage tu buat DNC. Lepas je tempoh berpantang 2 minggu terus cuba untuk pregnant lagi. Mei, tak pregnant lagi, jun pun belum, julai pun tak. susahnya nak pregnant! mula rasa stress.ogos pun berlalu. september tu bulan puasa, mmg ambil peluang doa habis-habisan sbb nak sgt2 pregnant. oktober raya. Raya berdua tanpa berita gembira. Dah berkahwin selama 9 bulan masa tu. Balik dr raya tu p*riod tak datang lagi, so buatlah UPT. Alhamdulillah +ve! Masa ni happy sangat tapi mcm tak percaya. betul ke pregnant ni. Saya pulak jenis takde mabuk, muntah watsoever. lagilah mcm tak yakin. tapi alhamdulillah betullah pregnant. 31 Mei 2010 lahirlah puteri sulung...

Untuk baby kedua mmg tak kesah kalau rapat2 sbb mcm rindu sangat nak pregnant lagi, rindu dgn newborn. Since fully breastfeed, 6 bulan pertama memang selamat. After that dah kurang selamat. I was pregnant for the second time when sumayyah is 9 months ++. Happy sangat pregnant lagi. eh senang pulak nak pregnant kali kedua ni. hehe. rezeki-rezeki.

Lepas miscarriage dulu, i waited for nearly 6 months to get pregnant again. rasa lamaaaaaaaaa sangat. Sedih, frust semua ada. Duit pun habis dok beli UPT setiap kali lambat period.hehe. lawak-lawak.But now i'm a proud mommy to my children. May Allah swt bless them always!

Tuesday, May 8, 2012

Diet yang tak berapa nak diet

Salam

Berat sekarang dah 74kg. yeay! dah boleh fit some of the clothes sebelum kahwin aritu. but still long way to go. 6kg down, 14 kg more to go.pheww

first month diet lost around 5 kg. then off i went to conference for 4 days the the buffet spread was unavoidable.hehe. naiklah se kg 2 kot. this morning timbang dah lost extra kgs gained during conference plus 1 more kg. Alhamdulillah.

Diet saya bukanlah diet sgt. lebih kepada memilih mknan yang lebih sihat. but breastfeeding help me a lot in losing weight. Bila pikir2, bukan susah sgt nak lose weight cuma perlu kawal kalori makanan. dulu katakan for breakfast mkn burger letak cheese, sos, mayonis. for your info, the meat (Ramly burger) itself contain nearly 300 calories. tak masuk lagi all the dressing. paling kurang 600 calories sahaja untuk burger tu. tak masuk morning drinks lagi. ish byk tu. mcmana tak gain weight. so untuk breakfast sihat tapi menyelerakan maybe boleh fried egg without oil or maybe a bit of olive oil, roti hi fiber, some mustard(very little calories), black pepper, some grated parmesan cheese and salad. sedap dan kenyang. and a cup of coffee to complete. yummy.

For lunch pun sama. eat rice but cut into half. banyakkan sayur. lauk pilih yang sup atau yang bakar. cari yang kurang bersantan atau berminyak. Dinner saya mkn jugak sbb bf ni selalu lapar. dinner maybe a cup of pasta with tuna and parmesan cheese. yummy jugak. And try to cut calories from sweet drink. banyakkan minum air kosong.

Asyik bercerita psl diet je. nak bercerita psl anak plak. anak2 alhamdulillah sehat. Saif belum demam lagi setakat ni. harap2 berterusan lah sbb umminya dah tak banyak cuti.hehe. Sumayyah pun sama. cuma hidung berair tu selalu lah. adat lah kalau dok taska. Sumayyah 31 mei ni cukup 2 tahun. Byk benda dah pandai. yang paling best dgr dia ckp kelantan. terer tu.hehe. Dulu sebelum lahir saif risau takut dia jealous dan apa2kan adiknya.tapi alhamdulillah xde plak. syg sgt dia dgn adiknya. pantang adik nangis mesti tepuk walaupun mata tak lepas tgk upin ipin di ipad. Mungkin jealous menjealous ni wujud kalau mak ayah buat dia rasa terasing kot. so far bila ada anak 2 ni xdelah rasa syg yang ni lebih ke apa. syg pada anak2 sama byk. Kdg2 kakaknya dicilok oleh neneknya. Rasa tak complete sgt. balik ofis je terus xde mood nak buat pape. walaupun penat layan karenah kakaknya tapi seronok dgn celoteh dan keletahnya.

Saif sekarang dah boleh mengensot ke depan. laju jugak. rasanya mcm berbeza dgn sumayyah dulu. maybe sbb anak lelaki kot. hmm, signing off now. Sambung buat kerja.

Thursday, April 12, 2012

Diari Diet

Semalam genap seminggu diet. dari 80kg dan jadi 76 kg. alhamdulillah tapi jauh lagi perjalanan.hehe. kalau boleh nak dapat weight masa anak dara dulu 56 kg tapi mcm banyak sgt. dapat 60++ pun dah bersyukur sangat-sangat.

What makes me diet impromptu

Pada hari selasa bertarikh 3 April, bos ada tegur yang saya nampak gemuk. terus bersemangat nak diet. esoknya terus bersemangat diet. Baca balik e-book purchased from kevin zahri.Jadi bermulalah episod diet dgn mengira kalori.

Achievement so far

Pagi tadi timbang dah 76 kg. Impressive, 1 week-4kgs. Good job!

Counting calories

Saya diet bukan hardcore pun sebab breastfeed baby. i need extra calories to produce milk for my baby.tapiiii saya cepat turun most probably sebab bf.anddd i avoid oil, sauce, mayonis, butter.

My menu.

Breakfast - 2 pcs Gardenia Wholegrain Fibremeal (less calories as compared to Hi5) with egg, salad/tomato/lettuce. no sauce, nescafe/plain milo)

Snack - nesvita/banana/tuna sandwich (im hungry almost all the time as a result of bf)

Lunch - a cup of white rice, lots of vege, grill fish, plain water.

Snack - same as above

Dinner - vege n grill fish.no rice.

Overall i take 1100++ calories per day. i do not exercise but i added extra activities at work such as parking jauh, climb up stairs, do extra housechores). Counting calories is good cos u can still eat what u like but remember to burn it later. However on weekend, i give myself a break a little. a slice of carrot cake maybe.hehe

Alhamdulillah so far so good. harap2 raya nanti ill be around 60 kg. insyaAllah

Thursday, February 23, 2012

Pergi untuk selamanya

Airmata ku menitis...
Adik faris telah pergi meninggalkan dunia ini...dia telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Gembiralah wahai ayah dan ibu faris kerana anakmu bakal menjadi penghuni syurga...

Kisah ini mengingatkan ku akan pemergian ibu saudaraku yang tercinta yang ku panggil che ning. Dia telah pergi lebih kurang sebulan yg lepas. Pemergiaannya meninggalkan kesan yg mendalam dlm diriku. Che ning pergi meninggalkan suaminya dan 7 orang anaknya. Yang bongsu berusia 9 tahun. Che ning sihat cuma mengidap darah tinggi yang mild. Dikala dia pegi, kesemua anak2 berada di sisinya....

Che ning seorang yg ceria dan terlalu baik bagiku. Tidak pernah mendengar dia bercakap kasar mahupun menyakitkan hati org lain. Ingat lg ketika aku ingin berkahwin pada tahun 2009. Dialah yang paling sibuk menguruskan majlis tersebut kerana ibu dan diriku berada di KL dan majlis akan diadakan di Kelantan. Setelah selesai majlis perkahwinan, aku keluar bersama suami ke rumah ibu mertuaku sebentar. Alangkah terkejutnya aku apabila pulang ke rumah dan melihat kamar beradu kami dihias cantik oleh che ning. Fresh flowers everywhere. Semasa melahirkan anak pertama pun dialah yang banyak membantu selain ibuku yang tercinta. Semasa aku sakit ketikamengandung anak kedua, dialah yg byk call tanya kabar. Sungguh dia ambil berat ttgku

Tanggal 24 januari 2012, aku bersama keluarga tercinta dalam perjalanan pulang dari cititel midvalley. Ummi call memaklumkan yang che ning tenat. Kami terus pulang ke rumah mengambil apa yang patut dan bertolak balik ke kelantan. Keesokannya aku menjenguknya di hospital. Dia berada di ICU. Hari tersebut merupakan hari ketiga che ning koma. Saat bertemu anak2 nya aku sudah tidak tahan menahan sebak. Apa lagi saat melihat che ning terlantar dgn wayar2 dimulut dan hidung. Tapi di kelihatan sungguh tenang...

Che ning pergi jua...meninggalkan dunia ni, meninggalkan suami yg menyintainya, anak2 yg soleh dan solehah...

Che ning seorang yg tabah. Wpun hidupnya kdg2 senang, kdg2 susah, dia tetap ceria. Dulu berkereta honda jazz, kini hanya berkereta
Kancil. Ini semua dilakukan hanya utk melihat anak2nya dpt bersekolah di sekolah agama terbaik. Hasilnya anak yang ketiga
Mengimamkan jenazah ibunya sendiri, anaknya yang keempat melaungkan azan. YaAllah, bertuahnya kamu che ning kerana
Memberikan yg terbaik utk anak-anakmu.

Sejak pemergiannya aku berasa yang aku lebih bersedia untuk menghadapi kematian org2 terdekat dengan ku...aku juga berazam
Untuk memberi didikan agama yang terbaik untuk anak2 ku semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah...tapi aku
Belum bersedia untuk meninggal dunia ni kerana bekalanku masih tidak cukup...semoga roh adik faris dan che ning ditempatkan
Di kalangan org2 yang beriman. Amin...