Every child is unique. They grow up differently. But from my observation, their achievements/skills are all quite the same. Do you agree?
First word - sama ada baba atau mama (normally);
Boleh wave goodbye - normally around 8 months;
Boleh letak hp di telinga - normally around 9 months...
These skills are common cuma cepat atau lambat je. For 1st time mom, mesti kita terpk anak kita je pandai buat mcmtu tapi hakikatnya, semua baby pun pandai.hehe.
So it is sometimes annoying when a mom beria-ia bercerita anaknya pandai buat itu ini. But sometimes xboleh elak sebab excited lebih kan. Justeru itu, saya lebih senang bercerita pasal anak dgn family saja sebab boleh over2 excited. hehe
Thursday, March 31, 2011
VBAC Or Repeated C-section

huargh! mata tgk fail tapi fikiran melayang. tak dapat nak concentrate, nasib baik keje ni tak urgent.
Harini genap usia Sumayyah 10 bulan, harini juga genap usia kandungan saya 10 minggu. Walaupun baru 10 minggu, saya sudah berkira-kira nak bersalin kat mana. sampai pening2 pikir. Silly me!
Sebelum ni saya bersalin di Hospital Sungai B_loh. Memang hospital tu baru, staff semua pun baik2. Cuma bab diseluk2 oleh doctor lelaki yang berbilang bangsa tu mcm sedih sket. Lagi satu teringin sgt nak suami teman time tahan sakit tu.
Kalau ke private, mmg dapatlah suami teman 24 jam. tapi kerisauan saya tentang kosnya. If im sure im going to deliver normally this time, the cost is still affordable. tapi buatnya another csection, mahunya kosnya beribu2 lemon!
Tu yang pening memikirkannya...
However, i know im strong enough to go thru all this pain again alone. dulu around 5 jam lepas csection, saya dah jaga sumayyah. Dengan bag urinnya, dengan needle kat 2 2 tgn, i still manage to do everything for her alone (kecuali mandi sbb nurse yang mandikan). Saya bersyukur sangat-sangat sebab ada ibu-ibu di sekeliling saya yg muntah2 dan pening after csection. Walaupun saya kecewa terpaksa dibedah tapi saya tetap bersyukur perjalanan seterusnya dipermudahkan olehNya.
Untuk makluman semua, saya belum membuat check up utk pregnancy kali ni. Cuma scan sahaja untuk tengok keadaan baby masa 8 weeks. Alhamdulillah, theres a heartbeat. Plannya nak tunggu 3 months untuk buka buku merah.
Sekarang nak cakap psl bf pulak...i manage to fully bf sumayyah sampai 9 bulan sahaja...sekarang dah campur dengan fm sbb susu mmg sgt2 sikit. Sekarang ni manage to direct bf her dlm 2-3 kali sahaja sehari on weekdays, weekend dptlah 3-4 kali. Sekarang ni mencari2 cara nak banyakkan susu time preggy ni sbb saya taknak give up. tak dpt fully pun xpe, asalkan dpt terus bf sumayyah. For the next baby, insyaAllah pemgumpulan stok akan dimulakan dari awal supaya impian to complete fully bf sampai 2 years tercapai.InsyaAllah
Tuesday, March 15, 2011
Almost 8 weeks...

I'm pregnant again...Alhamdulillah. I'm more than happy. Yes, tiap-tiap tahun beranak. I can't help it. Rindu sangat-sangat untuk mengendong anak di dalam perut lagi.
So far, kandungan dah nak masuk 8 minggu. Perut pun dah membesar. Agak pelik sebab dulu 5 bulan baru nampak perut. Sekarang ni, ingat nak sorok perut dulu tapi tak mampu.hehe. Actually its normal to start showing around 8-10 weeks in second pregnancy. pheew. Mengandung kali ni agak memenatkan. tapi sedaya upaya taknak pikir pasal penat tu sebab i have sumayyah to take care of. so banyak guna psikologi semoga tak penat. But it doesnt work all the time. Baru 2 bulan tapi penatnya macam dah 8 bulan. Mungkin sebab breastfeeding.
Bercerita tentang mengandung ni, im hoping for a normal delivery this time. Harap sangat-sangat. Tapi risau jugak sebab gap dengan last pregnancy is 17 months. From what i read, it should be 18-24 months in order to try for normal after c-section. Tapi semua ini Allah yang tentukan....tugas saya kali ini untuk tidak putus-putus memohon kepadaNya semoga urusan kali ini dipermudahkan.
Hmmm, tak lama lagi sumayyah jadi kakak sumayyah lah...dia dah 9 bulan. Gigi dah keluar 2, ada 2 lagi on the way. Dah pandai panjat tangga. Bangun je dari tido terus duduk dan sebut "ta ta ta" tu vocab baru dia. Sebelum ni mama, baba, umm. Bila dengar dia cakap pagi-pagi tu rasa macam satu nikmat yang tak boleh ditukar dengan wang ringgit. Terus bertukar mood happy dan mood nak gigit dia sebab geram sangat dengar dia ber 'ta ta ta! Ummi sayang sumayyah banyak sangat. Ummi janji akan terus layan sumayyah sepenuh hati walaupun ada adik nanti! InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




