Thursday, March 31, 2011

VBAC Or Repeated C-section


huargh! mata tgk fail tapi fikiran melayang. tak dapat nak concentrate, nasib baik keje ni tak urgent.

Harini genap usia Sumayyah 10 bulan, harini juga genap usia kandungan saya 10 minggu. Walaupun baru 10 minggu, saya sudah berkira-kira nak bersalin kat mana. sampai pening2 pikir. Silly me!

Sebelum ni saya bersalin di Hospital Sungai B_loh. Memang hospital tu baru, staff semua pun baik2. Cuma bab diseluk2 oleh doctor lelaki yang berbilang bangsa tu mcm sedih sket. Lagi satu teringin sgt nak suami teman time tahan sakit tu.

Kalau ke private, mmg dapatlah suami teman 24 jam. tapi kerisauan saya tentang kosnya. If im sure im going to deliver normally this time, the cost is still affordable. tapi buatnya another csection, mahunya kosnya beribu2 lemon!

Tu yang pening memikirkannya...

However, i know im strong enough to go thru all this pain again alone. dulu around 5 jam lepas csection, saya dah jaga sumayyah. Dengan bag urinnya, dengan needle kat 2 2 tgn, i still manage to do everything for her alone (kecuali mandi sbb nurse yang mandikan). Saya bersyukur sangat-sangat sebab ada ibu-ibu di sekeliling saya yg muntah2 dan pening after csection. Walaupun saya kecewa terpaksa dibedah tapi saya tetap bersyukur perjalanan seterusnya dipermudahkan olehNya.

Untuk makluman semua, saya belum membuat check up utk pregnancy kali ni. Cuma scan sahaja untuk tengok keadaan baby masa 8 weeks. Alhamdulillah, theres a heartbeat. Plannya nak tunggu 3 months untuk buka buku merah.

Sekarang nak cakap psl bf pulak...i manage to fully bf sumayyah sampai 9 bulan sahaja...sekarang dah campur dengan fm sbb susu mmg sgt2 sikit. Sekarang ni manage to direct bf her dlm 2-3 kali sahaja sehari on weekdays, weekend dptlah 3-4 kali. Sekarang ni mencari2 cara nak banyakkan susu time preggy ni sbb saya taknak give up. tak dpt fully pun xpe, asalkan dpt terus bf sumayyah. For the next baby, insyaAllah pemgumpulan stok akan dimulakan dari awal supaya impian to complete fully bf sampai 2 years tercapai.InsyaAllah

7 comments:

m@Ri@ said...

sama2 kita cari ilmu ek..maria dpt bf aqil setahun sebulan je..pas preggy susu kering sendiri..rupa2nya preggy..patut tiap kali pam dpt 1/2 oz je..huhu..hrp next baby dpt bf lama skit..skrg dah bape bulan preggy?

husniyyah said...

hus pn sedar pregnant sbb susu mmg merudum. tapi oklah maria sempat dpt degree in bf. hus diploma je.huhu. sekarang baru 10 minggu. Nanti hus singgah blog maria ye. thanx for visiting!

m@Ri@ said...

takpelah hus..diploma pun usaha gak kan..nnt next baby kita usaha smp phd..;)
sama2 kongsi ilmu k..

husniyyah said...

InsyaAllah...

فاطمة said...

hus kira mcm tandem nursing jg kan..cuba cari artikel yg berkaitan..insyaAllah ade cara..even xdpt fully bf tp still bf sz pn kira ok la kan ;D de jg kajian yg ckp bila preggy automatic susu kering..tp kalo sy tgk my 2nd sis - waktu preggy anak 2nd still bf anak sulung tp xbykla..campur2 jg..then bila yg 2nd lahir..dia still nyusu yg sulung..my sis ckp susu lg byk dr sebelumnye..2-2 cukup :D

husniyyah said...

haah tandem nursinglah nanti. tak sbr sebenarnya nak tandem nursing sebab insyaAllah susu akan lebih byk sbb more demand. Lagipun mcm comel je klu adik n kakak menyusu sekali. sekarang ni pun still teruskan bf dan akan teruskan juga sampai sz 2 years.insyaAllah.

فاطمة said...

a-a bila demand tinggi so penghasilan susu byk la..caiyok2!! hus..sz mesti sronok de adik+kawan main ;D