Thursday, August 9, 2012

perlu ke garang-garang

Honestly my hubby agak garang dengan anak-anak. Dengan saya juga of course. Dengan saya, ok fine saya boleh terima tapi dengan anak- anak saya tak boleh terima. Tapi itu dulu. Sekarang saya sudah nampak the beauty of it.

Saya dibesarkan oleh mak yang garang tapi banyak ambil mudah dalam beberapa perkara contohnya:
1) bila cakap 'ummi, malah gi sekoloh'- ok tak payah pegi.
2) xpe dia kecik lagi, xpyh solat, or puasa. Pandangan ummi terhadap anak kecil.
3) 'ummi malah gi ngaji' - ikut mung lah.

Ayah saya pulak seorang yang tenang,lemah lembut dan soft spoken. Jarang sgt tgk dia marah.ke tak pernah.hehe. Tapi kelemahannya susah nak tegur isteri atau anak bila kami buat salah. Dia tak tegur direct. Selalunya melalui ummi.

Jadinya saya terbiasa dgn seorang ayah yang lemah lembut terhadap anaknya. Jadi bila suami saya seorang yang garang dan tegas, saya tak boleh terima. Saya selalu pikir kenapa dia tak boleh jadi mcm ayah saya. Saya rasa kecewa. Tapi lama kelamaan saya rasa garang itu perlu dlm beberapa perkara.

Contonnya suami saya tegas bab aurat. Kalau dia tak tegas, mungkin sekarang ni saya masih belum menutup aurat dengan lebih sempurna. Masih belum mengenakan stokin bagi menutup aurat di kaki. Tegas ni sangat bagus. Kalau suami itu seorang yang beragama tapi kurang tegas pada isterinya, dia akan tegur tapi isterinya tak semestinya ikut. Maka berpakaianlah si isteri ini sesuka hatinya.

Dulu saya tidak ditiTik beratkan dengan pengajian Al-Quran. Mungkin faktor selalu pindah juga menjadi sebabnya. Kesannya sekarang saya boleh membaca tapi tajwidnya tunggang langgang. Inilah yang terjadi disebabkan ayah saya tidak tegas. Kalau si ayah tegas bab2 sebegini, mungkin saya lebih lancar bacaannya. Ini yang saya amat kesalkan sehingga sekarang. Bila dah tua macamni, malu jugak nak mengaji balik tapi demi memikirkan ruginya saya tidak dapat menguasai Alquran saya membuat keputusan untuk menyertai kelas mengaji Alquran. InsyaAllah lepas raya ni kelas bermula. Tak sabarnya! Takdelah malu lagi bila nak mengaji depan suami.

Berbalik kepada bab tegas dan garang ni saya rasa perlu. Tapi biarlah suami sahaja yang bersikap demikian. Saya bersikap neutral sahaja. Saya nak anak2 saya jadi hafiz dan hafizah, nak mereka jadi anak soleh dan solehah. Jadi jika en suami tegas dan garang bab2 mengaji, solat dan tutup aurat ni, saya tidak akan menghalang kerana ianya perlu. Hmm, what say you?

4 comments:

sharEna said...

untung dpt suami yg tegas soal agama. sy plk ats kesedaran diri sndiri aje. kdg OK kdg KO jgk sbb kurang sokongan =P

sy jns layan anak mcm org dh besar.sy jrg anggap dia bdk2 kecik. tp xdelah scr melampau. tp nmpk dh hasilnya dia nmpk matang drp usia. bijak & petah.

cth tgk kartun hnya waktu ptg lps dia balik taska.waktu mlm waktu sy & suami.sy x bg dia tgk kartun eventho dia request.lama2 dia dah x menangis mintak kartun waktu mlm.tgk aje ape yg sy & suami tgk.dh blh respon plk bile tgk drama like dia faham jln cerita.kdg terkejut jgk dibuatnye hihi

husniyyah said...

Alhamdulillah, dia banyak membantu untuk menjadi lebih solehah.

Tulah dengan anak ni kena tegas jugak kan. tak boleh nak ikut je. kita kena bentuk dia dari skrg. InsyaAllah boleh praktikkan. thanx!

Unknown said...

Hus,

arwah papa farah dulu tegas. dia kalau tegur anak2 memang semua akan menikus. mama farah ada masa garang dan ada masa lembut.

jadi bila ada ayah yang garang farah terbiasa didikan begitu. skrg ni dapat pulak hubby yang jenis lembut, sporting etc.

tapi apapun didikan tegas lebih bagus. tegas tapi penyayang sbb kita sayang masa depan anak2 kita.

husniyyah said...

terbalik dgn hus. hus xbiasa ayah garang2 ni. sekali dpt suami yg garang dgn anak2. culture shock meta. tapi hus pun rasa salah sorang kena tegas dan garang pada anak2. dua-dua garang pun x elok, dua-dua lembut pun x elok. kena ada balance kan