Tuesday, May 8, 2012

Diet yang tak berapa nak diet

Salam

Berat sekarang dah 74kg. yeay! dah boleh fit some of the clothes sebelum kahwin aritu. but still long way to go. 6kg down, 14 kg more to go.pheww

first month diet lost around 5 kg. then off i went to conference for 4 days the the buffet spread was unavoidable.hehe. naiklah se kg 2 kot. this morning timbang dah lost extra kgs gained during conference plus 1 more kg. Alhamdulillah.

Diet saya bukanlah diet sgt. lebih kepada memilih mknan yang lebih sihat. but breastfeeding help me a lot in losing weight. Bila pikir2, bukan susah sgt nak lose weight cuma perlu kawal kalori makanan. dulu katakan for breakfast mkn burger letak cheese, sos, mayonis. for your info, the meat (Ramly burger) itself contain nearly 300 calories. tak masuk lagi all the dressing. paling kurang 600 calories sahaja untuk burger tu. tak masuk morning drinks lagi. ish byk tu. mcmana tak gain weight. so untuk breakfast sihat tapi menyelerakan maybe boleh fried egg without oil or maybe a bit of olive oil, roti hi fiber, some mustard(very little calories), black pepper, some grated parmesan cheese and salad. sedap dan kenyang. and a cup of coffee to complete. yummy.

For lunch pun sama. eat rice but cut into half. banyakkan sayur. lauk pilih yang sup atau yang bakar. cari yang kurang bersantan atau berminyak. Dinner saya mkn jugak sbb bf ni selalu lapar. dinner maybe a cup of pasta with tuna and parmesan cheese. yummy jugak. And try to cut calories from sweet drink. banyakkan minum air kosong.

Asyik bercerita psl diet je. nak bercerita psl anak plak. anak2 alhamdulillah sehat. Saif belum demam lagi setakat ni. harap2 berterusan lah sbb umminya dah tak banyak cuti.hehe. Sumayyah pun sama. cuma hidung berair tu selalu lah. adat lah kalau dok taska. Sumayyah 31 mei ni cukup 2 tahun. Byk benda dah pandai. yang paling best dgr dia ckp kelantan. terer tu.hehe. Dulu sebelum lahir saif risau takut dia jealous dan apa2kan adiknya.tapi alhamdulillah xde plak. syg sgt dia dgn adiknya. pantang adik nangis mesti tepuk walaupun mata tak lepas tgk upin ipin di ipad. Mungkin jealous menjealous ni wujud kalau mak ayah buat dia rasa terasing kot. so far bila ada anak 2 ni xdelah rasa syg yang ni lebih ke apa. syg pada anak2 sama byk. Kdg2 kakaknya dicilok oleh neneknya. Rasa tak complete sgt. balik ofis je terus xde mood nak buat pape. walaupun penat layan karenah kakaknya tapi seronok dgn celoteh dan keletahnya.

Saif sekarang dah boleh mengensot ke depan. laju jugak. rasanya mcm berbeza dgn sumayyah dulu. maybe sbb anak lelaki kot. hmm, signing off now. Sambung buat kerja.

Thursday, April 12, 2012

Diari Diet

Semalam genap seminggu diet. dari 80kg dan jadi 76 kg. alhamdulillah tapi jauh lagi perjalanan.hehe. kalau boleh nak dapat weight masa anak dara dulu 56 kg tapi mcm banyak sgt. dapat 60++ pun dah bersyukur sangat-sangat.

What makes me diet impromptu

Pada hari selasa bertarikh 3 April, bos ada tegur yang saya nampak gemuk. terus bersemangat nak diet. esoknya terus bersemangat diet. Baca balik e-book purchased from kevin zahri.Jadi bermulalah episod diet dgn mengira kalori.

Achievement so far

Pagi tadi timbang dah 76 kg. Impressive, 1 week-4kgs. Good job!

Counting calories

Saya diet bukan hardcore pun sebab breastfeed baby. i need extra calories to produce milk for my baby.tapiiii saya cepat turun most probably sebab bf.anddd i avoid oil, sauce, mayonis, butter.

My menu.

Breakfast - 2 pcs Gardenia Wholegrain Fibremeal (less calories as compared to Hi5) with egg, salad/tomato/lettuce. no sauce, nescafe/plain milo)

Snack - nesvita/banana/tuna sandwich (im hungry almost all the time as a result of bf)

Lunch - a cup of white rice, lots of vege, grill fish, plain water.

Snack - same as above

Dinner - vege n grill fish.no rice.

Overall i take 1100++ calories per day. i do not exercise but i added extra activities at work such as parking jauh, climb up stairs, do extra housechores). Counting calories is good cos u can still eat what u like but remember to burn it later. However on weekend, i give myself a break a little. a slice of carrot cake maybe.hehe

Alhamdulillah so far so good. harap2 raya nanti ill be around 60 kg. insyaAllah

Thursday, February 23, 2012

Pergi untuk selamanya

Airmata ku menitis...
Adik faris telah pergi meninggalkan dunia ini...dia telah pergi mengadap Yang Maha Esa. Gembiralah wahai ayah dan ibu faris kerana anakmu bakal menjadi penghuni syurga...

Kisah ini mengingatkan ku akan pemergian ibu saudaraku yang tercinta yang ku panggil che ning. Dia telah pergi lebih kurang sebulan yg lepas. Pemergiaannya meninggalkan kesan yg mendalam dlm diriku. Che ning pergi meninggalkan suaminya dan 7 orang anaknya. Yang bongsu berusia 9 tahun. Che ning sihat cuma mengidap darah tinggi yang mild. Dikala dia pegi, kesemua anak2 berada di sisinya....

Che ning seorang yg ceria dan terlalu baik bagiku. Tidak pernah mendengar dia bercakap kasar mahupun menyakitkan hati org lain. Ingat lg ketika aku ingin berkahwin pada tahun 2009. Dialah yang paling sibuk menguruskan majlis tersebut kerana ibu dan diriku berada di KL dan majlis akan diadakan di Kelantan. Setelah selesai majlis perkahwinan, aku keluar bersama suami ke rumah ibu mertuaku sebentar. Alangkah terkejutnya aku apabila pulang ke rumah dan melihat kamar beradu kami dihias cantik oleh che ning. Fresh flowers everywhere. Semasa melahirkan anak pertama pun dialah yang banyak membantu selain ibuku yang tercinta. Semasa aku sakit ketikamengandung anak kedua, dialah yg byk call tanya kabar. Sungguh dia ambil berat ttgku

Tanggal 24 januari 2012, aku bersama keluarga tercinta dalam perjalanan pulang dari cititel midvalley. Ummi call memaklumkan yang che ning tenat. Kami terus pulang ke rumah mengambil apa yang patut dan bertolak balik ke kelantan. Keesokannya aku menjenguknya di hospital. Dia berada di ICU. Hari tersebut merupakan hari ketiga che ning koma. Saat bertemu anak2 nya aku sudah tidak tahan menahan sebak. Apa lagi saat melihat che ning terlantar dgn wayar2 dimulut dan hidung. Tapi di kelihatan sungguh tenang...

Che ning pergi jua...meninggalkan dunia ni, meninggalkan suami yg menyintainya, anak2 yg soleh dan solehah...

Che ning seorang yg tabah. Wpun hidupnya kdg2 senang, kdg2 susah, dia tetap ceria. Dulu berkereta honda jazz, kini hanya berkereta
Kancil. Ini semua dilakukan hanya utk melihat anak2nya dpt bersekolah di sekolah agama terbaik. Hasilnya anak yang ketiga
Mengimamkan jenazah ibunya sendiri, anaknya yang keempat melaungkan azan. YaAllah, bertuahnya kamu che ning kerana
Memberikan yg terbaik utk anak-anakmu.

Sejak pemergiannya aku berasa yang aku lebih bersedia untuk menghadapi kematian org2 terdekat dengan ku...aku juga berazam
Untuk memberi didikan agama yang terbaik untuk anak2 ku semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah...tapi aku
Belum bersedia untuk meninggal dunia ni kerana bekalanku masih tidak cukup...semoga roh adik faris dan che ning ditempatkan
Di kalangan org2 yang beriman. Amin...

Tuesday, December 13, 2011

Muhammad Saif Zulqarnain Bin Mohd Zain

Alhamdulillah,as of today he is already 47 days old. My second bundle of joy, a son, Muhammad Saif Zulqarnain Bin Mohd Zain was safely born on 29th October 2011.

Untuk kandungan kali kedua ni, alhamdulillah semuanya ok sehinggalah kandungan berusia 8 bulan. masa tu raya.kena hemorrhoid. teruk sangat.huhu. sebulan jugak menderita. sepanjang pregnant kali ni berat naik 7 kg je. tu pun after dah sembuh dr hemorrhoid, berat naik 2kg ++. Masa tu dah 38 weeks. macamanalah berat tak naik mendadak, masa sakit tu mmg tak dpt makan sangat. sehat je, makan macam-macam. tapi makanan tu semuanya baby ambil.masa scan baby at 36 minggu, doctor estimated berat baby 2kg++, masa 37 minggu berat dah 3kg++.doctor terus warned supaya diet sbb this time nak try normal delivery. kalau besar susah plak. Masa check up 40 weeks, doctor suh admit on the next day untuk di induce sebab takut baby besar sangat kalau tunggu lama-lama. Risau sebenarnya sebab masa sumayyah pun induce and very slow progress plus menyebabkan baby distress end up emergency czer. takut jadi benda yang sama jugak sebab my body tak react positively dengan ubat induce tu. org lain induce sekali dah start contraction, me, 3 kali baru start contraction. Tu pun mild contraction.

27th October 2011

On 27th October 2011 admit di Wad 5A Hospital Putrajaya. It is a executive ward. Merasalah duduk wad yang cantik dan hubby dapat teman sepanjang masa. Admit jam 8 pagi. Jam 11 pagi, doctor datang check bukaan dan induce untuk kali pertama. Bukaan baru 1 cm. For the whole day tak rasa lagi sakit contraction tu. untuk cepatkan sakit tu datang, berlari2 anak dalam bilik tu sorang2.hehe. lawak bila ingat balik.

28th October 2011

Jam 11 pagi, doctor check bukaan. sama jugak, no progress. Induce kali kedua. petang tu baru rasa sakit. but very mild. around 6.30 pm, doctor check bukaan, its 3 cm. so dah boleh masuk labor room. Hubby boleh teman dalam labour room di Hospital Putrajaya, unlike Hospital Sungai Buloh. For precaution, doctor suggest untuk ambil epidural sebab takut tak boleh beza sakit contraction atau sakit kat previous scar tu. So pakar bius datang, very nice person. lupa pulak nama dia. a muslim tapi mcm chinese. dia terangkan on epidural and i signed some form before the procedure. The procedure was a bit painful. i was laying on one side and he injected a tube into my spine. the tube remain in my spine. tiub tu tujuannya untuk dimasukkan ubat epidural tu.Selama ni ingatkan dimasukkan jarum kat tulang belakang, rupanya tiub plastik kecil je. so setiap kali rasa sakit, tekan butang untuk ubat tu masuk ke dalam badan. in my case, i still felt the contraction. pelik sangat. cakap kat nurse. nurse suh tekan butang je. bila tekan, rasa sejuk je kat belakang badan.ingatkan ubat tu masuk dalam badan, tu yang rasa sejuk. tapi sebenarnya, tiub tu bocor.ubat meleleh kat belakang badan. tu yang rasa sejuk dan sebab tu jugak still rasa sakit contraction.hehe. funny betul. Masa mula2 masuk labor room around 7 pm. Sepanjang dalam labor room tu 2 kali heartbeat baby dropped. masa first time heart beat baby dropped tu, mmg semua kelam kabut, the nurses n doctor. i was so terrified n scared. After the heartbeat baby dah ok, doctor cakap, kalau sekali lg heartbeat drop, no choice but to do an emergency czer. i just nodded weakly. masa tu instinct kuat yg akan czer jugak kali ni. tapi rela daripasa anything happened to the baby.

29th October 2011

dah 12 pagi dan masuk ke hari baru. im still in the labor room. hubby still here with me. kesian jugak sbb duduk atas kerusi je. around 1 am, doctor check bukaan dan dah 8 cm. Im so ready to push n so determined to go thru normal delivery. tapi Allah dah tentukan segala-galanya. my baby heartbeat dropped again n doctor tak boleh tunggu lagi. the safest option is czer. disebabkan terlalu frust, muka hubby pun saya tak boleh pandang. sedih sangat sebab dah 8 cm. lepas sign form semua, ditolak ke OT pulak. This is a new experience. before this i was under GA. Memang tak sedar langsung for the whole process. sedar after few hours of the operation. Kali ni bius separuh badan je. memang rasa terseksa sangat. tangan didepakan dan mcm diikat. i tried to sleep during the operation tapi tak boleh lelap. bau macam benda terbakarlah, macam2 lah. the worst part is i was shivering like mad. dah balik ke wad pun shivering lagi. lama sangat. tapi yang bestnya bius separuh ni, dapat tgk baby terus mcm normal delivery. my baby was pulled out at 2 am. Lega sangat semuanya dah berakhir. Both of us were safe.Anyway, he is 3.65kg baby! Alhamdulillah.

First Day after delivery

Masuk ward je susukan Saif. Lama sangat dia menyusu tak berhenti. few hours jugak. Dari pagi sampai petang mmg tak turun dari katil. Nurse tukarkan pad, nurse mandikan (guna wet tissue). Malam tu minta nurse buangkan urine bag and cuba nak bangun dari katil. Nurse pesan suh hubby tolong pimpin ke toilet. Masa mula2 bangun tu sakit sangat, badan memang tak boleh tegak. Jalan terbongkok2. Patutlah nurse suh hubby tolong masa nak bangun. masa sumayyah dulu ok je. semua urus sendiri. boleh jalan elok je. 2nd czer mmg sakit dari yang first. thats my experiencelah.

Second Day after Delivery

Pagi2 doctor datang check. semua ok. ibu dan anak ok. doctor bagi keluar harini tapi tengahari sket. Masa waktu melawat tu terima kunjungan sepupu dan kawan2.


Walaupun tak dapat nak normal delivery jugak kali ni, tapi bersyukur sangat sepanjang tempoh berpantang baby xpenah pun beragam. tido, minum susu dan tido lagi. hehe. breastfeeding journey pun alhamdulillah takde masalah. sama jugak mcm kakaknya. Masa check up sebulan baby dah 5.3 kg. Dah xlarat nak dukung.hehe.

For the next baby (lama lagi, 4-5 years akan datang.hehe) insyaAllah nak ambil Full Paying Patient kat Hospital Putrajaya ni jugak. Bilik best, makanan best, staff pun baik2. Yang penting kosnya ok. Untuk 4 hari 3 mlm (bilik seorang), 2 kali induce, epidural dan emergency czer the cost is only RM 4, 029 je. Kalau private hospital dah berbelas ribu kot. dan yang bestnya tak payah risau on the facilities sbb its government hospital. kalau private hospital ni kadang2 tolak ke hospital kerajaan jugak kalau ada problem.

Ini kisah kelahiran anak keduaku. untuk kenangan sebelum terlupa...

Friday, April 1, 2011

Sesi Perkenalan

Another entry for today! hua, rajinnya ummi sz ni.hehe. Sebenarnya next week seminggu tak masuk ofis sebab kursus (sekali dgn hubby). so keje mmg siapkan cepat2 sehinggakan xde keje urgent dah untuk dibuat pada hari ini. Jadi mari berkenalan dengan saya!

Nama : Husniyyah Binti Hanapi ( mulanya dinamakan Husni, then my parent realised tu nama lelaki (eg. Hosni Mubarak.hehe) Kemudiaan menjadi Husniyyah.

Umur : 28 tahun dah.

Tarikh lahir : 24 Februari 1983 (my sis bday is 25 Februari 1982). Cukup-cukup setahun beza antara kami.

Tempat lahir : Philadelphia, USA. Masa kecik selalu salah eja nama tempat ni.

Nama ayah : Hanapi bin Mohd Nor, masih gigih mengajar di UIA.

Nama ibu : Noriah bin Daud, seorang suri rumah sepenuh masa.

Adik beradik : Husna (kakak, 29 tahun). baru bekahwin disember lepas dan menetap di Acheh bersama suami. But will stay here for good soon!

Ahmad Hakimi (only brother, 26 tahun). Bakal bertunang dis 17 April, dan kahwin dis November. InsyaAllah. Dia keje drebar kapal terbang.

Nur Humaira (adik bongsu, 22 tahun). Masih belajar di UIA dan single!

Pekerjaan : Penolong Penasihat Undang-Undang.

Sekolah Rendah : SK Minden Height, Penang.

Sekolah Menengah : SMK Raja Tun Uda, Penang.

Universiti : UiTM Shah Alam (buat law)

Perkahwinan : Dinikahkan pada 24 Januari 2009 dengan Mohd Zain Bin Ibrahim.

Anak : Sumayyah Zafirah (10 bulan)

Impian : Nak anak lelaki kali ni, nak beli MPV, nak renovate rumah, nak deliver normal, nak holiday dgn family, nak anak-anak (termasuk dlm perut) sehat sentiasa dan dirahmati dunia dan akhirat.

Kenapa saya susah untuk panggil si dia 'abang'?

Kenapa?kenapa oh kenapa? Memang nak sangat2 panggil si suami abang tapi berasa sangatlah janggal. How to overcome this? any tips? hehe.

Masalah ini semakin kronik apabila berada di tempat awam, atau semasa berada di rumah my parent/parent-in-law. Kalau berdua, memamg takde masalah, panggilan sayang yang menjadi pilihan. itu sayang, ini sayang. anak pun panggil sayang jugak sampai bila panggil anak 'sayang', si suami pulak yang menyahut.

Saya segan utk panggil dia 'sayang' bila dgn famili or in public. Sebab famili saya mcm segan dengar bersayang sayang ni.

Kenapelah susah sangat nak memanggil dia 'abang'. Mungkin sebab kami kenal sebagai officemate dari awalnya. so memang tak penah terfikir akan jadi h&w.Dulu bersaya awak je. Bila dah kawen susah plak nak tukar panggilan tu. Nak mula sekarang sempat lg ke? dah 2 tahun kawen ni.hehe. Help me!

Thursday, March 31, 2011

Baby Development

Every child is unique. They grow up differently. But from my observation, their achievements/skills are all quite the same. Do you agree?

First word - sama ada baba atau mama (normally);
Boleh wave goodbye - normally around 8 months;
Boleh letak hp di telinga - normally around 9 months...

These skills are common cuma cepat atau lambat je. For 1st time mom, mesti kita terpk anak kita je pandai buat mcmtu tapi hakikatnya, semua baby pun pandai.hehe.

So it is sometimes annoying when a mom beria-ia bercerita anaknya pandai buat itu ini. But sometimes xboleh elak sebab excited lebih kan. Justeru itu, saya lebih senang bercerita pasal anak dgn family saja sebab boleh over2 excited. hehe