Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka apa hari ni


Hari ni saya nak masak telur bungkus. yummeh.




Saya nak masak ketam goreng telor asin ni jugak. sedapnya...


Lastly nak buat gulai telor itik sebab ada banyak telor itik dalam peti itu. first time nak buat, harap2 jadi lah.


And this is my little family! oh i love them so very much!



Friday, June 29, 2012

Masalah sakit hati

Biasanya kerja-kerja rumah dan urusan anak-anak memang saya akan buat sendiri. occasionally husband akan tolong bila datang sifat rajin dia. tapi sangat kadang-kadang. so far i dont mind. sebab i keep in mind that im doing all this to get reward from Allah swt. and second reason, i want to be mobile so i cant burn my calories.hehe!

Tetapi dua malam lepas, theres too many things to do at that particular night. saya baru lepas jemur kain and tengah duduk to breastfeed my baby boy. then the big sister wanted her milk. asked hubby to make for her. he said ok. then i just continue bf while facebooking. butttt he didnt do it right away. i waited and waited. sabar dan sabar. tapi tak buat jugak sampai si anak dah melalak nak susu. naik anginlah daku. dok suruh dia buat skrg tapi tak buat2 jugak. dengan hati yg panas, saya buat sendiri. bagi susu kat sumayyah. tapi hati rasa sakit sangat.nak minta tlg simple mcm tu pun payah.

And yesterday, dengar cerita seorang mualaf dalam ikim.fm. apa yang membuatkan saya sedar bila dia cakap. memaafkan itu akan membuat hati kita tenang. lebih kurang macamtulah.

Kesimpulannya di sini saya jadi sakit hati, tak tenang dan otak berserabut sbb saya rasa marah sgt n geram n taknak maafkan. sedangkan kalau saya maafkan dia masa saya bangun buatkan susu tu dan pikir saya buat semua ni untuk harapkan syurga dariNya mesti hati saya tenang dan tak berdendam.

Wednesday, May 23, 2012

To be supermummy, you need superdaddy

So i'm not supermummy 'cos my hubby is not superdaddy.hehe.

I have friends yang suaminya banyak membantu di rumah. envy them? of course! Siapa tak nak suami yang ringan tulang kan. lagi2 ibu bekerjaya macam kita ni.

Suami kawan saya buat almost everything at home. kemas rumah, masak, jaga anak, u name it! superdaddy habislah! Saya yang dengar ni rasa amazed sangat. She is lucky, indeed! Tapi sekarang suaminya tak sihat sedikit jadi rumah tak terurus. dia tak dapat nak handle sorang2.

Kisah-kisah sebegini buat saya terpikir. Kenapa saya dianugerahkan suami yang tidak banyak membantu. Hanya boleh diharap untuk buang sampah, basuh pinggan, mandikan dan jaga anak sahaja. tu pun bila saya tak sempat sangat2. Kalau saya sempat dan larat, saya jugak yang buat. Bila dipikir2, saya rasa Allah berikan dia pada saya sebab saya mampu buat semua tu tanpa bantuan yang banyak dari dia. Allah swt tahu kemampuan saya. Saya mampu uruskan rumah, uruskan anak-anak tanpa perlu berharap pada dia. Lagi satu....saya ni kadang2 perfectionist. cara menyusun, cara mengemas kena ikut style saya. kalau dapat suami yang perfectionist jugak habislah. dia ada cara dia, saya ada cara saya. Macamana tu?hehe. pening kan.

Jadi, marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada :-)

Tapi saya pun ada terpikir sesuatu. Saya nak anak lelaki saya jadi superdaddy/superhubby kelak. Suami2 kawan saya mungkin sudah dilatih oleh ibunya untuk biasa buat kerja-kerja rumah ni. tu yang ringan tulang. Soooo saya nak latih anak-anak lelaki saya untuk rajin buat kerja-kerja rumah ni. nanti senang isteri diaorang nanti. saya pun senang jugak bila diaorang besar2 nanti. Kan?

Susahnya nak pregnant! ingatkan senang je

Salam,

Gempak tak tajuk.hehe. No, no i'm not planning to get pregnant.yet. Saif baru nak masuk 7 bulan. Lagipun kena pikir luka dalam abdomen ni jugak.

Tajuk di atas adalah kisah dulu-dulu. Before dapat sumayyah. Sebelum kawen ingat senang je nak pregnant tapi susah jugak kan.

Saya bernikah 24 Januari 2009. Ujung Feb sempat datang p*riod sekali. then tak datang. Yes i'm pregnant! happy sangat2 happy! Harini buat UPT +ve, esok bleeding and miscarriage. phew, nasib baik tak annouce lagi kat fb.hehe. lepas miscarriage tu buat DNC. Lepas je tempoh berpantang 2 minggu terus cuba untuk pregnant lagi. Mei, tak pregnant lagi, jun pun belum, julai pun tak. susahnya nak pregnant! mula rasa stress.ogos pun berlalu. september tu bulan puasa, mmg ambil peluang doa habis-habisan sbb nak sgt2 pregnant. oktober raya. Raya berdua tanpa berita gembira. Dah berkahwin selama 9 bulan masa tu. Balik dr raya tu p*riod tak datang lagi, so buatlah UPT. Alhamdulillah +ve! Masa ni happy sangat tapi mcm tak percaya. betul ke pregnant ni. Saya pulak jenis takde mabuk, muntah watsoever. lagilah mcm tak yakin. tapi alhamdulillah betullah pregnant. 31 Mei 2010 lahirlah puteri sulung...

Untuk baby kedua mmg tak kesah kalau rapat2 sbb mcm rindu sangat nak pregnant lagi, rindu dgn newborn. Since fully breastfeed, 6 bulan pertama memang selamat. After that dah kurang selamat. I was pregnant for the second time when sumayyah is 9 months ++. Happy sangat pregnant lagi. eh senang pulak nak pregnant kali kedua ni. hehe. rezeki-rezeki.

Lepas miscarriage dulu, i waited for nearly 6 months to get pregnant again. rasa lamaaaaaaaaa sangat. Sedih, frust semua ada. Duit pun habis dok beli UPT setiap kali lambat period.hehe. lawak-lawak.But now i'm a proud mommy to my children. May Allah swt bless them always!

Tuesday, May 8, 2012

Diet yang tak berapa nak diet

Salam

Berat sekarang dah 74kg. yeay! dah boleh fit some of the clothes sebelum kahwin aritu. but still long way to go. 6kg down, 14 kg more to go.pheww

first month diet lost around 5 kg. then off i went to conference for 4 days the the buffet spread was unavoidable.hehe. naiklah se kg 2 kot. this morning timbang dah lost extra kgs gained during conference plus 1 more kg. Alhamdulillah.

Diet saya bukanlah diet sgt. lebih kepada memilih mknan yang lebih sihat. but breastfeeding help me a lot in losing weight. Bila pikir2, bukan susah sgt nak lose weight cuma perlu kawal kalori makanan. dulu katakan for breakfast mkn burger letak cheese, sos, mayonis. for your info, the meat (Ramly burger) itself contain nearly 300 calories. tak masuk lagi all the dressing. paling kurang 600 calories sahaja untuk burger tu. tak masuk morning drinks lagi. ish byk tu. mcmana tak gain weight. so untuk breakfast sihat tapi menyelerakan maybe boleh fried egg without oil or maybe a bit of olive oil, roti hi fiber, some mustard(very little calories), black pepper, some grated parmesan cheese and salad. sedap dan kenyang. and a cup of coffee to complete. yummy.

For lunch pun sama. eat rice but cut into half. banyakkan sayur. lauk pilih yang sup atau yang bakar. cari yang kurang bersantan atau berminyak. Dinner saya mkn jugak sbb bf ni selalu lapar. dinner maybe a cup of pasta with tuna and parmesan cheese. yummy jugak. And try to cut calories from sweet drink. banyakkan minum air kosong.

Asyik bercerita psl diet je. nak bercerita psl anak plak. anak2 alhamdulillah sehat. Saif belum demam lagi setakat ni. harap2 berterusan lah sbb umminya dah tak banyak cuti.hehe. Sumayyah pun sama. cuma hidung berair tu selalu lah. adat lah kalau dok taska. Sumayyah 31 mei ni cukup 2 tahun. Byk benda dah pandai. yang paling best dgr dia ckp kelantan. terer tu.hehe. Dulu sebelum lahir saif risau takut dia jealous dan apa2kan adiknya.tapi alhamdulillah xde plak. syg sgt dia dgn adiknya. pantang adik nangis mesti tepuk walaupun mata tak lepas tgk upin ipin di ipad. Mungkin jealous menjealous ni wujud kalau mak ayah buat dia rasa terasing kot. so far bila ada anak 2 ni xdelah rasa syg yang ni lebih ke apa. syg pada anak2 sama byk. Kdg2 kakaknya dicilok oleh neneknya. Rasa tak complete sgt. balik ofis je terus xde mood nak buat pape. walaupun penat layan karenah kakaknya tapi seronok dgn celoteh dan keletahnya.

Saif sekarang dah boleh mengensot ke depan. laju jugak. rasanya mcm berbeza dgn sumayyah dulu. maybe sbb anak lelaki kot. hmm, signing off now. Sambung buat kerja.

Thursday, April 12, 2012

Diari Diet

Semalam genap seminggu diet. dari 80kg dan jadi 76 kg. alhamdulillah tapi jauh lagi perjalanan.hehe. kalau boleh nak dapat weight masa anak dara dulu 56 kg tapi mcm banyak sgt. dapat 60++ pun dah bersyukur sangat-sangat.

What makes me diet impromptu

Pada hari selasa bertarikh 3 April, bos ada tegur yang saya nampak gemuk. terus bersemangat nak diet. esoknya terus bersemangat diet. Baca balik e-book purchased from kevin zahri.Jadi bermulalah episod diet dgn mengira kalori.

Achievement so far

Pagi tadi timbang dah 76 kg. Impressive, 1 week-4kgs. Good job!

Counting calories

Saya diet bukan hardcore pun sebab breastfeed baby. i need extra calories to produce milk for my baby.tapiiii saya cepat turun most probably sebab bf.anddd i avoid oil, sauce, mayonis, butter.

My menu.

Breakfast - 2 pcs Gardenia Wholegrain Fibremeal (less calories as compared to Hi5) with egg, salad/tomato/lettuce. no sauce, nescafe/plain milo)

Snack - nesvita/banana/tuna sandwich (im hungry almost all the time as a result of bf)

Lunch - a cup of white rice, lots of vege, grill fish, plain water.

Snack - same as above

Dinner - vege n grill fish.no rice.

Overall i take 1100++ calories per day. i do not exercise but i added extra activities at work such as parking jauh, climb up stairs, do extra housechores). Counting calories is good cos u can still eat what u like but remember to burn it later. However on weekend, i give myself a break a little. a slice of carrot cake maybe.hehe

Alhamdulillah so far so good. harap2 raya nanti ill be around 60 kg. insyaAllah